AMALAN BAHAN BANTU PENGAJARAN GURU DALAM PENGAJARAN NAHU KURIKULUM BERSEPADU DINI SEKOLAH AGAMA

Authors

  • Farihah Hussain Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
  • Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohammad Zamri Jusoh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Keywords:

Bahan Bantu Pengajaran, Kurikulum Bersepadu Dini, Sekolah Agama

Abstract

Bahan bantu pengajaran merupakan asas pengajaran berkesan. Namun, masih terdapat sebahagian kecil guru kurang menitikberatkan perkara ini ketika mengajar. Malah dalam kajian lepas menyatakan bahawa penggunaan BBP berada pada tahap rendah terutama penggunaan komputer. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk memerihalkan penggunaan bahan bantu pengajaran (BBP) dalam pengajaran nahu kurikulum bersepadu dini (KBD) sekolah agama di Kedah. Penggunaan BBP semasa aktiviti dilaksanakan di dalam kelas menjadikan pelajar lebih kolaboratif, kreatif, kritis, komunikasi (4K 1N) dan wujudnya nilai kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai tujuh orang guru yang mengajar nahu al-Lughah al-Arabiah al-Mua’siroh (LAM), KBD yang berkhidmat di beberapa buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Kedah telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data dianalisis berbantukan perisian ATLAS.ti. 8. Dapatan kajian membuktikan guru Bahasa Arab mengaplikasikan pelbagai kategori BBP dalam pengajaran nahu. Hal ini dijelaskan dengan terpancarnyai tiga kategori BBP dalam kajian ini iaitu kategori bahan maujud, bahan bercetak dan bahan teknologi. Hasil kajian ini disarankan agar guru dapat mengaplikasikan dalam pengajaran nahu agar pengajaran berkesan dan lebih menyeronokkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-11-02

How to Cite

Hussain, F., Nik Yusoff, N. M. R., Abdin Lubis, M. A. L., & Jusoh, M. Z. (2020). AMALAN BAHAN BANTU PENGAJARAN GURU DALAM PENGAJARAN NAHU KURIKULUM BERSEPADU DINI SEKOLAH AGAMA. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 134-145. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/695