PENGGUNAAN KAEDAH PENGECAMAN SIMBOL (KPS) BAGI MEMPERELOKKAN BACAAN AL-QURAN
Keywords:
Pengecaman, Simbol, Tajwid, Praktikal, KPSAbstract
Membaca al-Quran memerlukan satu kaedah yang berkesan. Kertas konsep ini bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan Kaedah Pengecaman Simbol (KPS) bagi membantu mereka yang telah dapat membaca al-Quran, tetapi bermasalah mempraktikkan hukum tajwid di dalam pembacaan al-Quran bagi menentukan bacaan dengung, tidak dengung, panjang, pendek, sebutan makhraj huruf dan tidak berkeyakinan untuk membaca dengan suara yang kuat dan berlagu. KPS merupakan satu inovasi tahsin al-Quran atau memperelokkan bacaan al-Quran. Kaedah ini mudah, berkesan dan praktikal. Tujuan KPS adalah untuk membantu pembaca al-Quran yang “fobia” tajwid. Berdasarkan kepada kajian lalu, ramai pembaca al-Quran menghadapi masalah yang kritikal membaca al-Quran secara bertajwid. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen terhadap beberapa orang guru yang telah menggunakan kaedah KPS ini. Implikasi kajian ini ialah akan memberi nilai tambah dan mempelbagaikan kaedah kepada guru untuk mengajar al-Quran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-11-02
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Jusoh, M. Z., & Hussain, F. (2020). PENGGUNAAN KAEDAH PENGECAMAN SIMBOL (KPS) BAGI MEMPERELOKKAN BACAAN AL-QURAN. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 146-154. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/696
