PERKEMBANGAN PEMIKIRAN SASTERA ISLAM DI ALAM MELAYU
Keywords:
Sastera Islam, Kesusasteraan Rumpun Melayu, Pelestarian Sastera Islam, Wacana Sastera IslamAbstract
Makalah ini mengkaji kefahaman tentang sastera Islam, gagasan dan falsafah kesusasteraan yang dibentuknya. Ia menyorot sejarah kemunculannya di Alam Melayu ini dan aliran perkembangannya di abad baru serta tokoh yang memperjuangkannya. Usaha mengetengahkan dan memperkasa sastera Islam telah dipelopori dengan penghasilan karya-karya sastera yang monumental yang berhasil mengetengahkan pemikiran sastera Melayu dan kekuatan Islam yang mencorakkan perspektifnya. Makalah ini turut membahas isu dan tema yang bersangkutan seperti wacana sastera transendental, inklusivisme dan sebagainya. Kaedah kajian ialah berdasarkan metode deskriptif, komparatif dan analitik. Ia membandingkan falsafah-falsafah yang dirumuskan dalam karya sastera yang terhasil dan merumuskan dasar fikiran dan pengaruh yang dicetuskannya. Dapatan kajian menemui bahawa percambahan pemikiran terkait sastera ini membawa pemahaman yang beragam, disebabkan kerangka dan sudut pandang yang berlainan yang menjadi landas yang mencorakkan penelitian yang dikembangkan. Kajian ini memberi implikasi luas kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang asas dan corak pemikiran sastera yang berpengaruh di Alam Melayu.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-11-02
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Amir, A. N., & Abdul Rahman, T. (2020). PERKEMBANGAN PEMIKIRAN SASTERA ISLAM DI ALAM MELAYU. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 155-168. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/697
