PEMBIAYAAN RUMAH MENERUSI KONTRAK MUSHARAKAH MUTANAQISAH DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA: SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK
Keywords:
Pembiayaan rumah, Musharakah mutanaqisah, perbankan Islam, sorotan literatur sistematikAbstract
Pembiayaan Musharakah Mutanaqisah (MM) mempunyai struktur yang lebih unik kerana boleh mengurangkan tempoh pembiayaan dan mempercepatkan hak pemilikan. Namun perbahasan MM masih kurang dianalisis menggunakan pendekatan sorotan literatur sistematik berbanding sorotan literatur secara naratif dan tematik. Sorotan literatur sistematik boleh meningkatkan pembuktian dengan terperinci dan berkesan terhadap sesuatu permasalahan. Sumber pencarian literatur diambil dari pangkalan data secara dalam talian dan perpustakaan. Sebanyak 47 artikel sebagai sumber utama untuk dianalisis. Analisis kajian mendapati sebanyak 46 artikel (98%) kajian MM diperolehi menerusi dalam talian dari pelbagai sumber seperti buku, kertas kerja persidangan, artikel elektronik, jurnal dan tesis. Manakala sebanyak 1 bahan (2%) sorotan literatur diambil dari pangkalan data bukan talian di Perpustakaan UM. Kajian mendapati bentuk konseptual mendominasi fokus utama dalam kajian MM berbanding bentuk empirikal. Dari aspek cadangan pula, sorotan literatur MM tertumpu pada model pengiraan MM yang lebih seimbang, penentuan kadar sewa yang lebih praktikal, pemindahan risiko kepada pelanggan dan kaedah perlindungan risiko jika wujud kes penamatan awal. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian lanjutan terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan MM dalam perbankan Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-08
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Ramli, R., & Salleh, A. D. (2016). PEMBIAYAAN RUMAH MENERUSI KONTRAK MUSHARAKAH MUTANAQISAH DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA: SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK. Jurnal ’Ulwan, 1(1), 18-38. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/72
