INSTRUMEN PELABURAN BAGI PENJANAAN DANA WAKAF INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT):SATU TINJAUAN
Keywords:
Penjanaan dana wakaf, intrumen pelaburan, dana wakaf IPT, sukuk musyarakah, wakaf korporatAbstract
Wakaf pendidikan merupakan sesuatu dana dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan yang digunakan untuk pembangunan pendidikan. Wakaf pendidikan tinggi telah mula berkembang di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia yang ingin mengurangkan kebergantungan pendidikan dengan menggunakan dana kerajaan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang menubuhkan tabung wakaf pendidikan melalui IIUM Endowment Fund pada tahun 1999. Perkembangan ini diikuti oleh beberapa buah IPT lain dari tahun ke tahun. Namun begitu, penjanaan dana wakaf melalui instrumen pelaburan masih belum berkembang. Terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang boleh digunakan oleh IPT tetapi belum ada kajian khusus yang dilakukan untuk mengkaji instrumen tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji instrumen-instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana dana wakaf IPT. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah jenis kajian deskriptif. Kaedah kajian menerusi kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada artikel, jurnal, kertas persidangan, penyelidikan dan dokumen yang berkaitan yang dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat empat instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana dana wakaf IPT. Instrumen tersebut ialah sukuk musyarakah, wakaf korporat, sukuk ijarah dan wakaf amanah pelaburan hartanah Islam (i-REIT). Implikasi penting kajian ini mendapati pendekatan baru perlu dilaksanakan oleh IPT dalam penjanaan dana wakaf dengan mereka bentuk model pelaburan yang bersesuaian untuk pembangunan wakaf IPT.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-08
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Hashim, R., Ramli, R., Dahalan, N. F., Ismon, N. Y., & Romli, S. (2016). INSTRUMEN PELABURAN BAGI PENJANAAN DANA WAKAF INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT):SATU TINJAUAN. Jurnal ’Ulwan, 1(1), 39-58. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/73
