PERBEZAAN EFIKASI KENDIRI TERHADAP PEMBANGUNAN KERJAYA BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI
Keywords:
Efikasi Kendiri, Pembangunan Kerjaya, Perbezaan DemografiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja pengurusan pertengahan berdasarkan faktor demografi di Kunak Refinery Sdn Bhd. Seramai 80 orang pekerja pengurusan pertengahan dipilih secara rawak mudah. Efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja diukur menggunakan instrumen soal selidik yang dibina oleh Kossek et al., (1998). Analisis data menggunakan statistik deskriptif iaitu skor min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai bagi mengenalpasti tahap efikasi kendiri pekerja. Statistik inferensi pula menggunakan kaedah analisis ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala untuk mengukur perbezaan efikasi kendiri kerjaya berdasarkan faktor demografi. Dapatan kajian diperolehi menggunakan perisian SPSS versi 20.0 menunjukkan tahap efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja pengurusan pertengahan di Kunak Refinery Sdn Bhd adalah padah tahap yang tinggi. Malah, pekerja lelaki mempunyai efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya yang tinggi berbanding pekerja perempuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja pengurusan pertengahan berdasarkan umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan di Kunak Refinery Sdn Bhd.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2020-11-30
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Jakaria, N. A., Mazlan, M., Samri, N., & Shafie, S. N. A. (2020). PERBEZAAN EFIKASI KENDIRI TERHADAP PEMBANGUNAN KERJAYA BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI. Jurnal ’Ulwan, 5(1), 223-235. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/742
