KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Keywords:
Takmir, Masjid, Dakwah, Hadith, MethodologiAbstract
Peranan Kelas Takmir dalam Pengajian Hadis di Masjid adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan Islam kepada masyarakat Islam dalam menghayati sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan mereka serta mengamalkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Kajian ini dilaksanakan berasaskan soal selidik kepada responden yang terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran pengajian hadis. Lima buah masjid yang dipilih di daerah Melaka Tengah iaitu Masjid Ar-Rabbani Tangga Batu Pekan, Masjid Wahdi As- Siddiq Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Masjid As- Shuhada Kem Terendak, Masjid Al-Ghufran Bertam Ulu dan Masjid Al- Rahmah Bukit Kechil. Keputusan kajian menunjukan Pengajian Hadis memainkan peranan penting dalam menambahkan kefahaman yang lebih luas kepada masyarakat, mendedahkan kepentingan Kelas Takmir dan sekaligus memertabatkan peranan insitusi masjid dalam penyebaran ilmu Islam. Kajian ini juga menunjukan Pengajian Hadis amat bersesuaian dengan semua golongan dalam menambahkan ilmu tentang amalan sunnah Rasulullah S.A.W dan menyedari kepentingan mempelajari hadis. Kajian ini juga menunjukan Pengajian Hadis ini boleh ditingkat keberkesananya melalui kepelbagaian metodologi pengajaran dan pembelajaran oleh guru TakmirDownloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-08
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Budin, A. (2016). KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN PENAMBAHBAIKAN. Jurnal ’Ulwan, 1(1), 88-110. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/75
