METODOLOGI PERUMIAN KITAB-KITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN
Keywords:
Perumian, Kitab Tafsir Nur al-Ihsan, SERBBM 197Abstract
Kitab Tafsir Nur al-Ihsan didatangkan dengan skrip tulisan Jawi klasik yang sukar untuk dibaca apatah lagi difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi perumian dan pentahqiqan terhadap kitab klasik di alam Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan merumi terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku, makalah, artikel yang berkaitan dengan kitab-kitab klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang ditulis oleh Haji Muhammad Sa?id, Mufti Kedah. Hasil kajian ini mendapati Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan, beberapa kaedah perumian juga turut diperolehi disamping pembetulan-pembetulan terhadap baris ayat al-Qur?an dan teks kitab berkenaan. Kesimpulan daripada kajian ini adalah kaedah Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972 amat sesuai digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab Melayu klasik, disamping memberikan nafas baru ianya juga menjadi lebih mudah dibaca dan difahami oleh generasi pada masa kini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2016-08-08
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Rusdi, L. H. (2016). METODOLOGI PERUMIAN KITAB-KITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN. Jurnal ’Ulwan, 1(1), 111-127. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/76
