CONTINUITY OF MALACCA SULTANATE
Keywords:
Sultan Husin, Temenggung Abdul Rahman, Perjanjian LondonAbstract
Kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka kepada pihak Portugis pada tahun 1511 tidak menamatkan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Empayar Melaka pada waktu itu besar. Portugis terus memburu Sutan Mahmud Syah. Akhirnya Sutan Mahmud Syah mangkat di Kampar pada tahun 1528. Beliau digantikan oleh Raja Ali dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah (1528 – 1564). Muncul kerajaan baru yang dikenali dengan nama kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang. Kesinambungan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka diteruskan sehingga mangkatnya Sultan Mahmud Syah II yang tidak meninggalkan zuriat. Berakhirlah pemerintahan dari Kesultanan Melayu Melaka. Tampok pemerintahan telah diambil oleh Bendahara. Berlakunya perebutan kuasa. Artikel ini memaparkan kedudukan seterusnya pemerintahan Johor yang melalui pelbagai liku dan cabaran dalam memantapkan pentadbiran negeri Johor. Ketika itu terdapat dua pengaruh yang menguasai pentadbiran Johor iaitu Sultan Husin dan Temenggung Abdul Rahman. Pergelutan kedua pengaruh ini pada mulanya tidak menampakkan sebarang pergeseran di antara kedua belah pihak. Semasa penyerahan Singapura kepada British, kedua-duanya bersetuju dan sebagai balasan mereka diberi saraan bulanan. Selepas termetrainya Perjanjian London pada 17 Mac 1824, Fasal 12 telah menggariskan pemisahan sempadan hak-hak kuasa British dan Belanda di kepulauan Melayu dengan ini telah melibatkan kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang terbahagi dua. Buat kali kedua pihak British menawarkan pampasan bagi mendapat keseluruhan Singapura. Apabila Sultan Husin mangkat kerajaan Johor diserahkan kepada anak beliau Tengku Ali yang masih muda. Tengku Ali tidak dapat pengiktirafan daripada pihak British dan pembesar-pembesar Melayu. Akhirnya berlaku pergelutan kuasa di Johor telah dimiliki oleh Maharaja Abu Bakar dengan bantuan pihak British. Mereka berjaya menguasai kerajaan Johor dan Tengku Ali berpindah ke Kampong Gelam di Singapura.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Daud, M. A., A’zmi, A. A., Mustaffa, F., & Hassan, M. S. (2021). CONTINUITY OF MALACCA SULTANATE. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 39-53. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/844
