PENDORONG MINAT BELAJAR KANAK-KANAK ORANG ASLI
Keywords:
Minat Belajar, Orang Asli, Keluarga, KendiriAbstract
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat perbezaan yang mendorong minat belajar dalam kalangan murid orang asli. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perbezaan faktor yang mendorong minat belajar berdasarkan jantina pelajar. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan data dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Di samping itu, responden kajian ini terdiri daripada anak orang asli di Kampung Bukit Payung, Alor Gajah Melaka. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam faktor yang mendorong minat belajar di kalangan anak-anak orang asli dari aspek faktor keluarga berdasarkan jantina iaitu dengan nilai t adalah 2.126. Begitu juga daripada aspek faktor kendiri iaitu nilai t adalah 1.754. Rumusnya, faktor pendorong minat belajar anak-anak orang asli tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat diperluaskan skop kajiannya oleh pengkaji yang lain dalam meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan kepada anak orang asli.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abdullah, N., Abdul Karim, A. K., Alias, A., Shaban, S. H., & Mamat, S. (2021). PENDORONG MINAT BELAJAR KANAK-KANAK ORANG ASLI. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 54-64. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/845
