PEMBINGKAIAN AKHBAR ONLINE MENGENAI ISU BANTAHAN PEMBELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH VERNAKULAR DI MALAYSIA
Keywords:
Pembingkaian, Tulisan Jawi, Bantahan, Pembelajaran, Sekolah VernakularAbstract
Pembingkaian (framing) memainkan peranan penting untuk memahami peranan media dalam pembinaan sesuatu berita. Pembingkaian adalah proses yang mencerminkan keputusan oleh pengamal media tentang apa yang dianggap penting atau layak untuk dijadikan berita yang mampu mempengaruhi pemikiran. Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk pembingkaian berita bantahan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular di Malaysia dalam akhbar-akhbar online di Malaysia dan mengenal pasti perbezaan bingkai berita yang dipaparkan dalam akhbar-akhbar ini. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, kajian ini menganalisis pembingkaian berita bantahan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular di Malaysia dalam akhbar-akhbar online di Malaysia iaitu Berita Harian Online dan Malaysiakini.com. Hasil kajian mengenalpasti bahawa kelima-lima bingkai generik digunakan oleh akhbar-akhbar ini. Kajian mendapati bingkai tanggungjawab kurang digunakan oleh Akhbar Berita Harian Online. Penentuan bingkai adalah berdasarkan isu yang ingin dilaporkan oleh wartawan. Disebabkan isu pembantahan tulisan jawi di sekolah vernakular merupakan isu yang penting dalam pendidikan dan perpaduan, maka ia memerlukan keprihatinan yang tinggi daripada semua pihak terutama media sebagai ejen sosialisasi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Yusuf, N., Hassan, M. S., Wan Lokman, T. M., & Mustaffa, F. (2021). PEMBINGKAIAN AKHBAR ONLINE MENGENAI ISU BANTAHAN PEMBELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH VERNAKULAR DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 95-109. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/847
