PENGARUH FAKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM KALANGAN BELIA
Keywords:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kualiti Hidup, BeliaAbstract
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memberi kesan postif dan negatif terhadap kualiti hidup dalam golongan belia. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kajian konsep berdasarkan kajian-kajian lepas bagi pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (media massa dan media sosial) terhadap kualiti hidup bagi golongan belia yang berumur 16 tahun sehingga 40 tahun. Kajian konsep ini mendapati terdapat dua kesan iaitu kelebihan dan kekurangan yang timbul kepada kualiti hidup belia dalam penggunaan ICT. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, penggunaan media massa dan media sosial dapat membantu golongan belia untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menambahkan ilmu dan kemahiran yang pelbagai. Selain itu, keberkesanan penggunaan ICT dapat membantu golongan belia yang bekerja untuk bekerja dengan lebih produktif kerana penyampaian maklumat lebih berkesan dan sistem maklumat yang lebih teratur. Melalui penggunaan media sosial, membantu golongan belia ini mengenali nilai persahabatan dengan lebih meluas tanpa mengira sempadan dan sekaligus membantu meningkatkan kemahiran sosialisasi yang lebih baik. Namun, penggunaan ICT yang disalahgunakan menyebabkan golongan belia ini menjadi ketagihan dengan penggunaan intenet, keseronokkan yang melampau, menyebabkan gangguan kepada psikologi manusia dan menyebarkan maklumat yang salah boleh menyebabkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawab serta menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang boleh menjejaskan kualiti hidup yang tidak sejahtera.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Aziz, S., Abdol Raop, N., & Ahmad Shukor, M. F. (2021). PENGARUH FAKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM KALANGAN BELIA. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 110-126. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/848
