TUNKU ABDUL RAHMAN : THE CHALLENGE OF ESTABLISHING MALAYSIA
Keywords:
Tunku Abdul Rahman, Konfrontasi, Indonesia, Komanwel, PemberontakanAbstract
Artikel ini bermula dengan pengenalan iaitu mengupas peristiwa penubuhan Malaysia yang telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman yang dikenali sebagai seorang pro-Barat. Kemudian melihat rasional penubuhan Malaysia dalam usaha beliau untuk merealisasikan penubuhan Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah dan Tunku menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Seterusnya bantahan penubuhan Malaysia yang lebih mencabar iaitu tekanan dari Sukarno, presiden Indonesia yang tidak mahu Malaysia ditubuhkan dengan melaksanakan konfrontasi dan menggunakan slogan “Ganyang Malaysia”. Satu tindakan yang dianggap agresif dan secara kekerasan ke atas negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka. Sukarno beranggapan Malaysia adalah sebuah negara yang masih dijajah kerana masih rapat lagi dengan British walaupun sudah merdeka. Beliau menggelarkan Malaysia sebagai sebuah negara neo kolonialisme. Malaysia sebagai sebuah negara yang baru merdeka masih lagi bergantung kepada British dalam banyak bidang terutama pertahanan dan huhungan luar negara. Ancaman daripada Indonesia tidak melemahkan Malaysia dan pihak British bersama Komanwel telah membantu Malaysia dalam usaha menangani tekanan daripada pihak Indonesia. Begitu juga Filipina turut memberi tekanan kepada Tunku dengan menyatakan North Borneo (Sabah) adalah milik mereka dan mahukan Malaysia memulangkan semula kepada mereka. Pertelingkahan ini telah berlanjutan hingga membawa kepada pemberontakan yang diketuai oleh A. M. Azahari di Brunei. Beliau turut tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia. Pemberontakan oleh Azahari berjaya ditumpaskan dengan bantuan dari Malaya, Komanwel dan British. Walau bagaimanapun Brunei telah menarik dari daripada bersama Malaysia. Penubuhan Malaysia diteruskan tanpa Brunei dan Malaysia berjaya ditubuhkan walaupun terdapat protes dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Akhir sekali adalah kesimpulan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Daud, M. A., Hassan, M. S., & A’zmi, A. A. (2021). TUNKU ABDUL RAHMAN : THE CHALLENGE OF ESTABLISHING MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 127-143. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/849
