KECERDASAN SPIRITUAL DAN KESIHATAN MENTAL REMAJA
Keywords:
Kecerdasan Spiritual, Kesihatan Mental, RemajaAbstract
Kajian ini merupakan kertas konsep yang bertujuan mengkaji kecerdasan spiritual dan kesihatan mental dalam kalangan remaja di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka. Metodologi kajian ini menggunakan kajian perpustakaan iaitu menganalisis kajian lepas berdasarkan tajuk utama kajian ini. Menurut data statistik kajian lepas, menunjukkan tahap kesihatan mental dalam kalangan penduduk Malaysia semakin membimbangkan. Masalah kesihatan mental dijangkakan akan menjadi pembunuh nombor dua di Malaysia selepas penyakit jantung dalam abad ke-21 ini. Kesihatan mental yang tidak diuruskan dengan baik boleh membawa kepada pelbagai kemudaratan sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada individu lain. Berdasarkan situasi ini, aspek kecerdasan spiritual dijangkakan mempunyai perkaitan dengan kesihatan mental kerana banyak permasalahan dalam kehidupan hari ini dikenal pasti berpunca daripada masalah spiritual yang tidak diurus dengan sempurna. Oleh itu, kecerdasan spiritual dilihat sebagai pemangkin utama kepada kesejahteraan kesihatan mental remaja dalam mendepani setiap permasalahan hidup yang penuh cabaran dan perlukan sokongan pelbagai pihak untuk membantu remaja dalam pengurusan kehidupan seharian untuk lebih produktif dan cemerlang.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Haji Aripin, S. N., Yahya, S. A., Deraman, S., & Abdol Raop, N. (2021). KECERDASAN SPIRITUAL DAN KESIHATAN MENTAL REMAJA. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 144-154. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/850
