ANALISIS PENGAMALAN HISBAH DALAM PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI PONDOK BUSTANUL ARIFIN BANTING SELANGOR
Keywords:
Hisbah, Pengurusan Disiplin, Institusi Pendidikan IslamAbstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan hisbah dalam pengurusan disiplin pelajar khususnya di salah satu institusi pendidikan Islam di Malaysia iaitu Pondok Bustanul Arifin Selangor. Kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pengurusan disiplin pelajar serta menganalisis hubungannya dengan amalan hisbah. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis kajian kes dengan sampel sejumlah 13 orang. Sampel terdiri daripada seorang pengetua, tiga orang guru dan sembilan orang pelajar yang terlibat dalam pengurusan kaedah disiplin tersebut. Instrumen yang digunakan adalah tembual separa struktur iaitu soalan-soalan umum disediakan terlebih dahulu dan soalan yang khusus hanya ditentukan semasa sesi temubual berlangsung. Data lisan dari rakaman temubual telah ditranskripsi, kemudian dianalisa kandungannya. Dapatam kajian mendapati terdapat beberapa amalan hisbah dalam pengamalan disiplin pelajar di institusi pendidikan Islam. Antara amalan hisbah merangkumi tiga aspek utama iaitu akidah iaitu musyaratah(perjanjian hati), syariah iaitu muraqabah (pemerhatian tingkah laku) dan muhasabat (memperhitung diri) dan akhlak iaitu mu'aqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan nafsu) dan mu'atabah (pembersihan jiwa) mampu memberi kesan terhadap pembentukan disiplin pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mazlan, M., Shafie, S. N. A., & Jakaria, N. A. (2021). ANALISIS PENGAMALAN HISBAH DALAM PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI PONDOK BUSTANUL ARIFIN BANTING SELANGOR. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 155-171. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/851
