PENGURUSAN RISIKO BENCANA ALAM BERTERASKAN MAQASID SYARIAH: SATU SOROTAN LITERATUR
Keywords:
Pengurusan Risiko, Bencana Alam, Maqasid Syariah, KelestarianAbstract
Fenomena bencana alam merupakan suatu peristiwa atau kejadian yang melanda seluruh pelusuk bumi sama ada di kawasan yang mendatar, landai mahupun di cerun. Bencana alam yang berlaku boleh meragut ribuan nyawa manusia, kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda dan kerosakan alam sekitar. Dalam hal ini, Islam telah menyediakan pelbagai panduan berhubung tatacara pengurusan alam sekitar yang komprehensif dan lestari. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau kajian-kajian literatur berkaitan pengurusan risiko bencana alam berteraskan maqasid syariah. Kajian dilakukan secara kualitatif menerusi sorotan terhadap data kepustakaan klasik dan kontemporari serta laporan-laporan berkaitan bencana alam di Malaysia. Maqasid Syariah merupakan gagasan perbahasan yang memfokuskan matlamat merealisasikan al-daruriyyat al-khams dalam kehidupan manusia, sebagai makhluk yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini. Justeru, aspek pengurusan alam sekitar dan risiko bencana merupakan antara tema penting yang perlu diwacanakan bagi menghasilkan suatu garis panduan yang bersifat holistik dan komprehensif dengan penekanan bukan sahaja terhadap unsur fizikal dan material, bahkan turut memfokuskan aspek spiritual bagi memastikan kelestarian sumber alam selain meminimumkan risiko bencana alam terhadap manusia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mat Johar, M. H., Meerangani, K. A., Bohari, F. N. M., & Mohd Ismon, A. (2021). PENGURUSAN RISIKO BENCANA ALAM BERTERASKAN MAQASID SYARIAH: SATU SOROTAN LITERATUR. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 191-201. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/853
