PENDEKATAN DAKWAH KEPADA SAUDARA BARU DI MALAYSIA: SATU SOROTAN

Authors

  • Siti Nor Haliza Abd Zamani Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA, Kampus Dengkil, Selangor
  • Nurul Asmida Saad Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA, Kampus Dengkil, Selangor
  • Norakmal Abdul Hamid Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA, Kampus Dengkil, Selangor
  • Khairah Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA, Kampus Dengkil, Selangor

Keywords:

Muallaf, Pendakwah, Metodologi Dakwah, Manhaj Dakwah, Medium Dakwah

Abstract

Dakwah kepada saudara baru merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim sama ada secara perseorangan ataupun secara organisasi. Namun, tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan pendekatan dakwah yang bersesuaian dan releven agar mesej dakwah Islamiah diterima dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Kegagalan dalam menentukan pendekatan dakwah yang sesuai kepada saudara baru merupakan antara faktor kurangnya minat dan komited mereka terhadap ajaran Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan pelaksanaan pendekatan dakwah kepada saudara baru di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Data diperoleh dari buku, artikel jurnal , artikel prosiding dan tesis dengan menganalisisnya secara deskriptif. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi panduan kepada pendakwah dalam menentukan dan mengaplikasikan pendekatan dakwah yang sesuai kepada saudara baru di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-20

How to Cite

Abd Zamani, S. N. H., Saad, N. A., Abdul Hamid, N., & Ismail, K. (2021). PENDEKATAN DAKWAH KEPADA SAUDARA BARU DI MALAYSIA: SATU SOROTAN. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 202-213. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/854