TRANSFORMASI PEMIKIRAN DAN NASIONALISME ABUL KALAM AZAD (1888-1958M) DI INDIA
Keywords:
Abul Kalam Azad, Pemikiran, NasionalismeAbstract
Artikel ini mengkaji usaha dan sumbangan Abul Kalam Azad dalam gerakan islah dan pembaharuan di India. Dalam usaha memperjuangkan ideologi perpaduan antara nasionalisme dan pan-Islam, Abul Kalam Azad cuba untuk menimbulkan rasa cinta masyarakat Islam dan Hindu terhadap tanah air (semangat patriotisme) dan agama kerana menganggap dua perkara tersebut seiring yang tidak boleh dipisahkan. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti latar belakang Abul Kalam Azad serta meneroka sumbangan beliau dalam transformasi nasionalisme serta pemikiran Islam sebagai panduan masyarakat Islam dan di India. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini mengumpulkan data melalui dokumentasi yang berkaitan dengan Abul Kalam Azad. Dapatan kajian mendapati Abul Kalam Azad sebagai seorang tokoh pembaharuan pemikiran Islam telah menggunakan medan politik sebagai medan penanaman semangat sayangkan negara dan tanahair serta menghubungjalinkan persaudaraan kepada seluruh masyarakat di India. Dalam masa yang sama, berdasarkan keadaan umat Islam yang berada dalam kemunduran ketika itu, Abul Kalam Azad banyak menggunakan kaedah kefahaman Islam berasaskan tekstual-kontekstual bagi memudahkan penerapan dan kefahaman masyarakat Islam terhadap sumber ajaran Islam. Walau bagaimanapun transformasi pemikiran Azad memperlihatkan unsur pluralisme agama yang kuat dalam pemahaman beliau seperti yang terdapat dalam karya agungnya Tarjuman al-Quran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-20
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mustafar, F. W., & Badhrulhisham, A. (2021). TRANSFORMASI PEMIKIRAN DAN NASIONALISME ABUL KALAM AZAD (1888-1958M) DI INDIA. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 214-226. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/856
