PEMBANGUNAN PENGUKURAN MODEL INDEKS SYARIAH DALAM PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM DI NEGERI MELAKA: SATU SOROTAN AWAL

Authors

  • Suhaimi Abu Hasan Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Mohd Azam Yahya Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Abdul Basir Mohamad Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Faqih Ibrahim Fakulti keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Indeks Maqasid Syariah, Perundangan Islam

Abstract

Pembanggunan Indeks Syariah merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang digunakan untuk mengukur dan menilai tahap kepatuhan sesuatu program atau usaha yang dijalankan sama ada menepati piawaian Islam serta mengenalpasti ruang pembaikan yang perlu diberi fokus bagi memenuhi keseluruhan Maqasid Syariah. Bidang perundangan Islam merupakan antara salah satu bidang yang difokuskan dalam kajian Indeks Syariah 2015 dan 2017. Sehingga hari ini, belum ada satu model yang dibangunkan dalam menilai tahap kepatuhan syariah dalam bidang ini. Kajian ini adalah kajian analisis lituratur bertujuan bagi membina model pengukuran yang sesuai berindeks berteraskan Muqasid Syariah di negeri Melaka dalam aspek perundangan Islam dengan lebih berkesan. Metod utama kajian ini adalah kualitatif, Pengkaji menggunakan metodologi Systematic Literature Review iaitu sebuah kaedah yang memfokuskan kepada kehendak kajian. Metodologi ini mempunyai tiga peringkat untuk memilih artikel yang bersesuaian dengan kajian iaitu, pengenalpastian (identification), saringan (screening) dan kelayakkan (eligibility). Dapatan kajian memperolehi empat belas (14) artikel yang membincangkan isu pembinaan model Indeks Syariah aspek perundangan Islam di negeri Melaka. Hasil analisis leteratul kajian ini mendapati, tiada kajian yang seumpama dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lalu. Kebanyakan kajian-kajian lepas menggunakan metod kualitatif dan tiada menunjukan kesamaan pada kajian yang ingin dilaksanakan. Kesimpulannya, dengan adanya kajian pembinaan model pengukuran indeks ini, penilaian perundangan Islam terhadap Muqasid Syariah adalah menjadi keperluan dan wajar diperkembangan di peringkat nasional.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-09-20

How to Cite

Abu Hasan, S., Yahya, M. A., Mohamad, A. B., & Ibrahim, A. F. (2021). PEMBANGUNAN PENGUKURAN MODEL INDEKS SYARIAH DALAM PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM DI NEGERI MELAKA: SATU SOROTAN AWAL. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 227-248. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/863