SISTEM PEMBELAJARAN DAN KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH/MAAHAD HAFIZ JERAM (BANAT) DAN MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH KAJANG
Keywords:
Hafazan Al-Quran, Sistem Pembelajaran TahfizAbstract
Penyelidikan yang dijalankan ini ialah untuk mengkaji Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran di dua buah institusi tahfiz di Malaysia iaitu di Sekolah Menengah / Maahad Hafiz Jeram (Banat) dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (Kajang) Selangor. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti sejarah perkembangan sistem dan kaedah hafazan al-quran, mengkaji kaedah yang digunakan di dalam pembelajaran dan penghafazan al-Quran serta kesannya terhadap pelajar. Kajian ini menggabungkan metode kuantitatif dan kualitatif dimana seramai 44 orang responden terpilih dalam kalangan pelajar dari di kedua-dua institusi tahfiz telah diedarkan borang soal selidik di samping membuat temubual bagi mendapatkan maklumat serta mengadakan kajian kepustakaan. Keseluruhan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-09-10
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Abdullah, A. A., Che Ibrahim, A., Abu Hasan, S., & Sabtu, M. (2021). SISTEM PEMBELAJARAN DAN KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH/MAAHAD HAFIZ JERAM (BANAT) DAN MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH KAJANG. Jurnal ’Ulwan, 6(1), 80-94. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/864
