KETERDEDAHAN WANITA TERHADAP RISIKO BULI SIBER DALAM MEDIA DIGITAL SEMASA PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Keywords:
Internet, Wanita, Buli Siber, Media Digital, Keselamatan SiberAbstract
Malaysia merupakan negara ke-9 yang mencatatkan penggunaan media sosial paling aktif di dunia iaitu hampir 80 % daripada keseluruhan penduduknya. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan ancaman pandemik COVID-19 yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 telah memperkenalkan rakyat Malaysia dengan norma baharu, antaranya penggunaan media digital dan aplikasi atas talian bagi pelbagai tujuan dan keperluan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan peningkatan permintaan terhadap jalur lebar serta aliran trafik penggunaan internet secara mendadak sejak pelaksanaan PKP kerana aktiviti perniagaan, pembelajaran, persidangan, mesyuarat dan sebagainya dijalankan dari rumah. Dalam masa yang sama, sebanyak 3,075 insiden keselamatan siber dilaporkan hanya dalam tempoh 18 Mac hingga 31 Julai 2020 dengan peningkatan sebanyak 109.4% berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya. Berdasarkan statistik, hampir 60% daripada mangsa gangguan siber yang dilaporkan terdiri dalam kalangan wanita. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis keterdedahan wanita terhadap risiko buli siber dalam media digital semasa penguatkuasaan PKP. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan menerusi edaran set soal selidik secara online (google form) kepada 296 responden dalam kalangan wanita di Melaka. Dapatan kajian merumuskan gangguan siber yang berlaku terhadap responden, iaitu menerima cemuhan dan diaibkan dalam media digital (40.2%), akaun aplikasi digital dicerobohi (28.3%), gangguan seksual (32.4%) serta pelecehan fizikal (16.5%). Oleh itu, kesedaran terhadap hak dan tanggungjawab pengguna media digital perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan ekosistem digital yang harmoni dan selamat dalam kalangan masyarakat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-11-07
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Meerangani, K. A., Abdul Hamid, M. F., Ibrahim, A. F., & Mat Johar, M. H. (2021). KETERDEDAHAN WANITA TERHADAP RISIKO BULI SIBER DALAM MEDIA DIGITAL SEMASA PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Jurnal ’Ulwan, 6(2), 10-21. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/889
