PERSEPSI STAF KUIM TERHADAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Authors

  • Siti Mahera Ahmat Amin Kolej Universiti Islam Melaka
  • Hartini Adenan Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Jalinan Kerjasama, Jalinan Industri, Kebolehpasaran

Abstract

Kebergantungan para graduan kini bukan hanya bergantung kepada kepandaian individu dalam bidang akademiknya semata-mata malah pendedahan graduan terhadap segala aspek yang berkait rapat dengan jalinan kerjasama bersama pihak industri turut memainkan peranan dalam memberikan mereka pencerahan tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Nyata, pihak institusi pengajian tinggi menghadapi cabaran dari segi melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran seiring dengan kehendak industri. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti persepsi staf KUIM mengenai jalinan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dengan industri yang dapat mempengaruhi kebolehpasaran graduan di Kolej Universiti Islam Melaka. Penyelidik menggunakan instrumen soal selidik yang telah diedarkan kepada 150 orang responden yang terdiri di kalangan staf akademik dan juga staf pentadbiran di Kolej Universiti Islam Melaka. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam memperoleh data. Soal selidik lima mata digunakan bagi mendapatkan data. Penyelidik telah menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 25 untuk melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak institusi pengajian tinggi khususnya pihak Kolej Universiti Islam Melaka untuk mengenalpasti jenis atau bentuk jalinan kerjasama yang diperlukan supaya boleh menambahbaik kualiti graduan KUIM sendiri dalam memastikan graduan ini mampu berdaya saing di pasaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-07

How to Cite

Ahmat Amin, S. M., & Adenan, H. (2021). PERSEPSI STAF KUIM TERHADAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 50-60. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/892