PEMILIHAN KERJAYA SEORANG WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Keywords:
Wanita, Kerjaya, Tanggungjawab, BimbinganAbstract
Kertas kerja ini membincangkan tentang perubahan sosio ekonomi dunia yang telah membawa banyak perubahan kepada ketamadunan manusia serta memberi impak terhadap fungsi wanita untuk terlibat sama dalam usaha pencarian pendapatan keluarga. Fenomena menunjukkan kaum wanita begitu komited dalam kerjaya sehingga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan dalam pelbagai sektor pekerjaan. Namun disebalik keupayaan wanita ini mulai tercetus isu-isu yang menjadi topik perbincangan apabila majoriti daripada mereka mulai gagal mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya. Lonjatan kes sosial dan perceraian di Malaysia mulai ada yang berpunca daripada wanita yang bekerjaya sehingga menjadi topik hangat elemen penyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Kajian literatur mendapati pendekatan Islam khasnya melalui bimbingan wanita yang bekerjaya menurut perspektif Islam dalam mengurus kerjaya dan keluarga masih kurang dibincangkan. Dengan menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan literatur kajian lepas serta buku-buku yang berautoriti solusi telah ditemukan dan boleh menjadi langkah proaktif kepada wanita yang bekerjaya untuk menguruskan keluarga dan kerja. Hasil penelitian mendapati tiga bimbingan relevan yang merangkumi bimbingan peringkat sebelum memilih kerjaya, bimbingan peringkat semasa melaksanakan kerjaya dan bimbingan peringkat menyelesaikan kerja.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-11-07
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Hassan, M. P., Ihwani, S. S., & Mustaffa, Z. (2021). PEMILIHAN KERJAYA SEORANG WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 144-154. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/897
