KELESTARIAN KESIHATAN MENTAL KELUARGA: ANALISIS HADITH KHAYR NIS?’ DALAM SUNAN SITTAH

Authors

  • Rahim Kamarul Zaman Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Khairulnazrin Nasir Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
  • Abdul Azib Hussain Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan, Bachok
  • Muhammad Adam Abd. Azid Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kelestarian, Kesihatan Mental, Keluarga, Khayr Nis?’, Sunan Sittah

Abstract

Kesihatan Mental merupakan sebahagian teras penting kesejahteraan institusi kekeluargaan. Dalam konteks berkenaan, keistimewaan dimiliki para ibu dan isteri diyakini berupaya mempengaruhi kesejahteraan dan kelestarian kesihatan mental institusi keluarga. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengemukakan keperihalan wanita terbaik berdasarkan hadith-hadith Khayr Nis?’ dalam Sunan Sittah. Maryam bintu ?Imr?n RA dan Khad?jah bintu Khuwaylid RA merupakan dua ikon muslimah yang dinobatkan dalam kompilasi hadith berkenaan. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati keperihalan Khayr Nis?’ memaparkan teladan terbaik kaum wanita di samping keistimewaan yang dikurniakan kepada para ibu dan isteri dalam struktur institusi kekeluargaan. Kesimpulannya, kelestarian kesihatan mental keluarga adalah terjamin apabila kaum wanita memainkan peranan sewajarnya sebagaimana teladan wanita terbaik dipaparkan dalam hadith-hadith Khayr Nis?’.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-07

How to Cite

Kamarul Zaman, R., Nasir, K., Hussain, A. A., & Abd. Azid, M. A. (2021). KELESTARIAN KESIHATAN MENTAL KELUARGA: ANALISIS HADITH KHAYR NIS?’ DALAM SUNAN SITTAH. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 155-172. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/898