TAHAP PENGGUNAAN INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENSYARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Authors

  • Saharia Ismail Fakulti Bahasa & Pendidikan, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Roslida Saad Fakulti Bahasa & Pendidikan, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Noor Adawiyah Ahmad Radzi Fakulti Bahasa & Pendidikan, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Nor Ainee Idris Fakulti Bahasa & Pendidikan, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Noorizda Emellia Mohd Aziz Fakulti Inovasi Perniagaan & Teknologi, Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

IR 4.0, Kemahiran komputer, Inovasi ICT dalam PdP

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran penggunaan komputer dan tahap penggunaan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah Koleh Universiti Islam Melaka. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan 132 orang responden pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka. Alat kajian ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran komputer secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi iaitu min=3.82. Manakala penggunaan inovasi ICT dalam pengajaran adalah pada tahap sederhana iaitu min = 2.73. Justeru itu dicadangkan pelbagai latihan ICT diadakan atau dihadiri oleh pensyarah agar dapat mempelbagaikan penggunaan inovasi ICT dalam PdP.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-11-07

How to Cite

Ismail, S., Saad, R., Ahmad Radzi, N. A., Idris, N. A., & Mohd Aziz, N. E. (2021). TAHAP PENGGUNAAN INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENSYARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 173-194. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/901