PENCAPAIAN MATLAMAT OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) DAN STRATEGI PEMBELAJARAN KENDIRI PENDIDIKAN ISLAM: SATU KAJIAN RINTIS
Keywords:
pendidikan berasaskan hasil, strategi pembelajaran, strategi pembelajaran pengaturan kendiri, Pengajian Islam, politeknikAbstract
Pendekatan OBE telah sekian lama diamalkan dalam institusi pendidikan di Malaysia sama ada di peringkat rendah, menengah, dan pendidikan tinggi. Penggunaan pendekatan OBE telah menjadi alternatif kepada metodologi pendidikan tradisional, yang mempersiapkan para pelajar sebelum memasuki dunia pekerjaan dan menghadapi cabaran hidup setelah menamatkan pengajian. Pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus Pengajian Islam I di sebuah politeknik telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Satu soal-selidik telah diedarkan untuk mendapatkan data kuantitatif dan data dianalisis menggunakan SPSS 17. 0. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sumbangan strategi pembelajaran kendiri terhadap gred Pengajian Islam I adalah 13. 9%. Responden menggunakan strategi-strategi untuk mempelajari Pengajian Islam, iaitu dengan belajar bersama rakan, teknik pengulangan dan mengorganisasi. Teknik pengulangan merupakan penyumbang terbesar kerana pengulangan hafazan ayat al-Quran dan bacaan doa sering dilakukan semasa kelas sebagai persediaan menduduki ujian praktikal. Strategi belajar bersama rakan merupakan kedua terbesar memandangkan pelajar perlu melakukan tugasan secara berkumpulan. Kesimpulannya, strategi pembelajaran kendiri telah menyumbang dalam mencapai OBE.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-11-07
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohd Noor, A. F., A Shukor, K., Saharudin, N. A., & Abd Rahman, M. F. (2021). PENCAPAIAN MATLAMAT OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) DAN STRATEGI PEMBELAJARAN KENDIRI PENDIDIKAN ISLAM: SATU KAJIAN RINTIS. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 229-241. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/906
