WAQAF DAN IBTID?’: PERKAITAN DENGAN ILMU-ILMU LAIN DALAM MENENTUKAN TEMPAT WAQAF DAN IBTID?’ DI DALAM AL-QURAN
Keywords:
Waqaf ibtid?’, Perkaitan, Ilmu, KepentinganAbstract
Waqaf dan ibtid?’ merupakan sebahagian daripada ilmu tajwid yang para pembaca al-Quran dituntut untuk mempelajarinya. Kesalahan dalam penentuan tempat waqaf dan ibtid?’ boleh menyebabkan perubahan pada makna ayat al-Quran. Namun begitu, tempat waqaf dan ibtid?’ tidak dapat ditentukan melainkan setelah mengetahui pelbagai ilmu seperti ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah. Para ulama dalam pelbagai bidang ramai yang memasukkan perbahasan waqaf dan ibtid?’ dalam karangan mereka. Begitu juga ulama qurr?’ memasukkan perbahasan ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah dalam karangan mereka yang berkaitan dengan waqaf dan ibtid?’. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang kaitan antara ilmu waqaf dan ibtid?’ dengan ilmu-ilmu lain dan kepentingan mengetahui pelbagai ilmu dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’. Kajian dilakukan berdasarkan kajian kepustakaan dengan mengkaji perkaitan ilmu-ilmu tersebut di dalam kitab-kitab waqaf dan ibtid?’ yang ditulis oleh para ulama. Kajian mendapati ilmu waqaf dan ibtid?’ sangat berkait rapat dengan ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah. Implikasi daripada kajian ialah pengetahuan dalam ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah sangat diperlukan dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’ di dalam al-Quran. Dengan mengetahui kaitan antara ilmu-ilmu tersebut, para pembaca al-Quran lebih cakna dengan kaedah penentuan tempat waqaf dan ibtid?’.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-11-07
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Khairuddin, F. I., & Shahrom, H. (2021). WAQAF DAN IBTID?’: PERKAITAN DENGAN ILMU-ILMU LAIN DALAM MENENTUKAN TEMPAT WAQAF DAN IBTID?’ DI DALAM AL-QURAN. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 242-256. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/907
