PERSEPSI PELANGGAN TERHADAP KESELAMATAN MAKANAN: KAJIAN DI RESTORAN SEKITAR MASJID TANAH, MELAKA
Keywords:
Keselamatan Makanan, Kebersihan Makanan, Kepuasan Pelanggan, Pekerja, PersepsiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelanggan terhadap keselamatan makanan di restoran sekitar Masjid Tanah, Melaka. Oleh itu, secara khususnya kajian ini mengenalpasti faktor kebersihan makanan, faktor kepuasan pelanggan dan faktor pekerja yang mempengaruhi persepsi pelanggan terhadap keselamatan makanan di restoran sekitar Masjid Tanah Melaka. Kajian yang di jalankan berbentuk kuantitatif iaitu melibatkan seramai 100 orang pelanggan dipilih menjadi responden yang pernah mengunjungi restoran sekitar Masjid Tanah Melaka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelanggan restoran di sekitar Masjid Tanah, Melaka. Terdapat hubungan yang signifikan diantara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar, dimana dapat dilihat hubungan antara persepsi pelanggan dan faktor kebersihan makanan (r = .374**). Hubungan antara persepsi pelanggan dan faktor pekerja (r = .435**), manakala hubungan antara persepsi pelanggan dan faktor kepuasan pelanggan (r = .475**). Seterusnya, hubungan antara faktor kebersihan dan faktor pekerja (r = .347**) manakala hubungan antara faktor kebersihan dan kepuasan pelanggan (r = .350**). Selanjutnya, hubungan antara faktor pekerja dan kepuasan pelanggan (r = .429**). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini. Secara keseluruhannya kajian ini merumuskan faktor-faktor iaitu kebersihan makanan, kepuasan pelanggan dan pekerja terhadap keselamtan makanan mempunyai hubungan dengan kepuasan pelanggan dan pelanggan sedar bahawa faktor-faktor ini penting diamalkan oleh pemilik restoran untuk mengekalkan tahap kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan sentiasa terjamin. Kajian ini membantu pihak kerajaan negeri dan pemilik restoran untuk memahami lebih mendalam tentang keselamatan makanan dan memberi penekanan dalam aspek yang di kaji.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-11-07
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Adenan, H., Zaid, D. S., & Ahmat Amin, S. M. (2021). PERSEPSI PELANGGAN TERHADAP KESELAMATAN MAKANAN: KAJIAN DI RESTORAN SEKITAR MASJID TANAH, MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 257-272. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/908
