KONSEP KEBAHGAIAAN GURU CEMERLANG WANITA DALAM MENDEPANI CABARAN KERJAYA MASA KINI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Keywords:
Kebahagiaan, Guru Cemerlang, Wanita, Kerjaya, IndikatorAbstract
Kebahagiaan merupakan dambaan hidup setiap manusia, namun ia dinilai mengikut kepada persepsi masing-masing berdasarkan latar belakang kehidupan mereka atau keinginan mereka sendiri meliputi keriangan hati, kesenangan, kebanggaan hati dan kegembiraan. Manakala kebahagiaan (al-Saadah) menurut Islam pula ialah kehidupan yang baik, merasa puas, dan kedamaian, hidup yang positif. Kajian ini dijalankan ke atas Guru Cemerlang wanita mengenai bagaimana mereka mendepani cabaran kerjaya yang dijalankan pada masa kini dan kesahan data akan dijalankan dengan triangulasi data yang diperolehi dari peserta kajian, ketua jabatan dan rakan sejawatnya. Kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini adalah Konsep Kebahagiaan al-Ghazali (1991) dan Teori Subjective Well Being Diener (2009) bagi menghasilkan indikator kebahagiaan untuk dijadikan panduan. Demografi guru yang akan dikaji adalah mengikut kesesuaian kajian bagi mendapatkan data yang berkaitan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi indikator kepada guru cemerlang wanita serta wanita yang lain untuk mendepani cabaran kerjaya dan kehidupan masa kini menurut perspektif Islam.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-11-07
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Elias, Z. A., & Saari, Z. (2021). KONSEP KEBAHGAIAAN GURU CEMERLANG WANITA DALAM MENDEPANI CABARAN KERJAYA MASA KINI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 287-301. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/910
