INTEGRASI ILMU ISLAM DALAM PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA: IMPLEMENTASI DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Keywords:
Integrasi Ilmu, Multidisiplin, Pengajian Tinggi, Holistik, Kolej Universiti Islam MelakaAbstract
Integrasi pengajian Islam dengan cabang ilmu moden di Malaysia, terutamanya di peringkat pengajian tinggi sebenarnya telah bermula sejak awal tahun 60-an lagi. Perkembangan dunia semasa memerlukan individu yang holistik, seimbang dan komprehensif bagi menstrukturkan semula kekuatan dan kegemilangan umat Islam, seterusnya melahirkan generasi Muslim yang mahir dalam pelbagai cabang keilmuan. Hasrat ini telah diterjemahkan menerusi konsep modal insan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 27 Ogos 2007. Kajian ini bertujuan menganalisis implementasi gagasan integrasi ilmu dalam penawaran program akademik di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian dijalankan secara kualitatif menggunakan data kepustakaan seperti artikel, buku dan dokumen berkaitan tema kajian, dan seterusnya dianalisis secara induktif bagi merumuskan implementasi gagasan integrasi ilmu di KUIM. Penawaran program pengajian berteraskan falsafah “Gerbang Pengajian Islam dan Psikologi Insan” menerusi gabungan elemen keimanan, akademik dan vokasional (duniawi dan ukhrawi) dilihat telah merealisasikan matlamat gagasan integrasi ilmu. Sasaran melahirkan golongan yang bertaqwa dan progresif bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka yang mahukan generasi berpengetahuan dan berkebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, teknologi, sains sosial dan ilmu terkini di samping memiliki daya ketahanan tinggi bagi menangani cabaran semasa.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-10-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Meerangani, K. A., Badhrulhisham, A., Ibrahim, A. F., & Mat Johar, M. H. (2021). INTEGRASI ILMU ISLAM DALAM PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA: IMPLEMENTASI DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 212-228. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/912
