APLIKASI MAQASID SHARIAH DALAM MEMBINA STANDARD KONSEP HOSPITAL PATUH SHARIAH
Keywords:
Maqasid Shariah, Standards, Hospital Patuh ShariahAbstract
Hospital Patuh Shariah merupakan institusi kesihatan yang popular di kalangan Muslim pada hari ini. Walaupun institusi kesihatan ini mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat, namun sampai sekarang belum wujud penerangan yang jelas dan terperinci berkaitan dengan standards konsep Hospital Patuh Shariah. Maka dalam konteks ini, timbul persoalan, adakah Maqasid Shariah mampu dibentuk sebagai standards konsep Hospital Patuh Shariah dan bagaimana Maqasid Shariah boleh diaplikasikan dalam isu ini. Maka, tujuan kajian ini ialah untuk melihat pengaplikasian Maqasid Shariah sebagai parameter terhadap konsep Hospital Patuh Shariah. Kajian kualitatif ini akan menghimpunkan maklumat daripada kitab-kitab fiqh turath dan kontemporari, kajian-kajian ilmiah, fatwa-fatwa terkini dan akhbar-akhbar berkaitan dengan Maqasid Shariah dan Hospital Patuh Shariah. Selain daripada itu, kajian ini juga akan menganalisis pandangan ilmuwan dan ulamak daripada mazhab yang pelbagai. Semua maklumat ini akan dihadam untuk mendapatkan gambaran yang terbaik berkaitan dengan konsep Hospital Patuh Shariah daripada perspektif Maqasid Shariah. Hasil kajian menunjukkan bahawa Maqasid Shariah boleh menjadi instrument panduan dalam memastikan perjalanan sesebuah hospital bertepatan dengan prinsip Shariah. Oleh itu, secara kesimpulannya Maqasid Shariah sepatutnya dibangunkan sebagai alat medium interaksi Shariah dengan industri kesihatan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-10-31
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Mohd Noor, M. I., & Mohd Noor, F. N. (2021). APLIKASI MAQASID SHARIAH DALAM MEMBINA STANDARD KONSEP HOSPITAL PATUH SHARIAH. Jurnal ’Ulwan, 6(2), 302-314. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/913
