APLIKASI NILAI-NILAI BERASASKAN QALBU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)

Authors

  • Amir Mohd Nason Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia
  • Muhd Imran Abd Razak Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
  • Mohd Farhan Abd Rahman Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia

Keywords:

Pengajaran Dan Pembelajaran, Qalbu, Pendidikan, Guru

Abstract

Menurut ajaran Islam, pendekatan PdP yang terbaik bukan hanya mampu membentuk kecemerlangan akal dan jasmani manusia, malah mampu untuk mendidik rohani berteraskan nilai dan akhlak. Justeru, kajian ini memfokuskan tentang aplikasi PdP berasaskan qalbu dalam proses pendidikan. Berpandukan metode kualitatif sepenuhnya, analisis teks dilakukan terhadap sirah terpilih empat imam mazhab muktabar bagi mengenal pasti amalan dan saranan yang telah diaplikasikan mereka dalam mendidik para pelajar di zaman tersebut. Hasil kajian mendapati pendekatan PdP berasaskan qalbu yang telah diaplikasikan empat imam mazhab terdiri daripada lima elemen yang utama, iaitu kasih sayang, menyelami kehendak murid, pengamalan sunnah, kesucian jiwa dan keberkatan ilmu. Penemuan tersebut begitu signifikan untuk difahami dan diaplikasikan oleh para guru semasa proses PdP kerana ia mementingkan keseimbangan aspek kerohanian dan juga luaran seseorang manusia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-10-31

How to Cite

Mohd Nason, A., Abd Razak, M. I., & Abd Rahman, M. F. (2021). APLIKASI NILAI-NILAI BERASASKAN QALBU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP). Jurnal ’Ulwan, 6(2), 326-339. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/915