PEMIKIRAN AKIDAH MUHAMMAD BIN KHALIL AL-SAKUNI
Keywords:
Pemikiran Akidah, Muhammad bin Khalil al-Sakuni, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah al-Asha’irahAbstract
Abu ‘Abd Allah Mu?ammad bin Khalil al-Sakuni al-‘Ishbili al-Qayrawani atau lebih dikenali dengan Muhammad bin Khalil al-Sakuni merupakan seorang tokoh ulama terkemuka dalam mazhab akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama?ah al-Asha’irah pada abad ke 7 Hijrah. Beliau meneruskan kesinambungan pemikiran akidah yang dibawa oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari (m. 324H) di dunia barat Islam. Beliau merupakan seorang sarjana yang banyak meninggalkan sumbangan kepada keilmuan Islam khususnya dalam bidang akidah. Muhammad bin Khalil al-Sakuni mendapat sanjungan sebagai seorang mutakallimin yang terkemuka dalam kalangan ulama sezaman dengannya dan para sarjana Islam berikutnya sehingga ke hari ini. Ketokohan beliau terserlah berdasarkan karya-karyanya yang banyak dijadikan sebagai sumber rujukan para ulama Islam sepanjang zaman. Namun begitu, perbincangan berkaitan sumbangan beliau tersebut dilihat tidak banyak dikaji oleh pengkaji muta’akhirin di rantau ini. Justeru itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji sumbangan beliau dari aspek pemikiran akidah dan implikasi sumbangan tersebut terhadap perkembangan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah al-Asha’irah di dunia barat Islam. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif melibatkan analisis kandungan sumber primer (ma?adir) sama ada berbentuk manuskrip atau bahan bercetak dan juga sumber sekunder (maraji’). Kemudian data-data yang diperoleh, akan dianalisis menggunakan kaedah diskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa Muhammad bin Khalil al-Sakuni merupakan seorang ulama akidah terkenal yang telah memberikan sumbangan besar terhadap penyebaran mazhab al-Ash’ari di dunia barat Islam. Pemikiran akidah yang ditonjolkan oleh beliau dapat dijadikan sebagai iktibar dan rujukan umat Islam dalam menghadapi kemelut serangan pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Zulkefli, A. A., Rozali, M. H., Meerangani, K. A., & Abdul Hamid, M. F. (2021). PEMIKIRAN AKIDAH MUHAMMAD BIN KHALIL AL-SAKUNI. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 13-24. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/985
