ANALISIS KEPUTUSAN MUZAKARAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI) BERKAITAN COVID-19 DI MALAYSIA
Keywords:
COVID-19, Fiqh, Hukum, Malaysia, Perubahan, PandemikAbstract
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia telah memberi kesan kepada pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi masyarakat. Dalam konteks amalan dan aktiviti agama juga perlu kepada penjelasan hukum dan fatwa untuk merungkai permasalahan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis fatwa-fatwa berkaitan COVID-19 yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan perpustakaan. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan hasil. Hasil kajian ini mendapati Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah bersidang sebanyak empat kali sepanjang pandemik COVID-19. Fatwa-fatwa yang telah diputuskan dilihat mengalami perubahan terhadap pelaksanaan amalan-amalan ibadah masyarakat Islam. Perubahan fatwa-fatwa tersebut adalah dilihat perlu bagi mencapai maqasid syariah iaitu mendatangkan maslahah dan menolak mafsadah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Bhari, A., & Mahaiyadin, M. H. (2021). ANALISIS KEPUTUSAN MUZAKARAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI) BERKAITAN COVID-19 DI MALAYSIA. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 25-36. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/989
