ISU MUD AJWAH DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAMALAN KEWANGAN ISLAM SEMASA: SOROTAN LITERATUR
Keywords:
Mud ajwah, Riba, IjtihadAbstract
Transaksi mud ajwah merupakan salah satu isu hangat dalam perbahasan riba al-buyu’. Transaksi ini secara umumnya merujuk kepada pertukaran di antara dua barang ribawi, yang mana semasa pertukaran tersebut berlaku, turut digabungkan sekali pada barang ribawi yang ditukar itu dengan barang ribawi jenis lain atau barang bukan ribawi sehingga kelihatan secara zahirnya berlaku ketidaksamaan dari aspek kuantiti, timbangan atau berat, sekaligus membawa kepada perlanggaran kepada syarat penting jualbeli barangan ribawi iaitu persamaan kuantiti (tamathul). Hal ini membawa kepada berlakunya perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha mengenai hukum penjualannya yang turut dipengaruhi oleh perbezaan dalam metodologi berijtihad. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, kertas kerja ini dilakukan untuk menjelaskan pandangan fuqaha secara umum mengenai transaksi mud ajwah, sebab berlakunya perselisihan pendapat serta mengenalpasti ruang-ruang yang boleh diterokai oleh kaedah ini untuk diaplikasikan dalam muamalat semasa. Kaedah transaksi secara mud ajwah dilihat berupaya dijadikan sebagai panduan dalam menyelesaikan isu-isu muamalat semasa. Perlaksanaannya tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh para fuqaha demi menutup pintu riba.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2021-12-29
Issue
Section
Articles
License
The content of Jurnal Ulwan is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International license (CC BY NC ND 4.0). Authors transfer the ownership of their articles' copyright and publication right to Jurnal Ulwan. Permission is granted to Penerbit Universiti Melaka to publish the submitted articles. The authors also permit any third party to freely share the article as long as the original authors and citation information are properly cited.How to Cite
Redzuan, M. A., Sharif, D., & Abdul Khir, M. F. (2021). ISU MUD AJWAH DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAMALAN KEWANGAN ISLAM SEMASA: SOROTAN LITERATUR. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 37-48. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/990
