IMPLIKASI PROGRAM AMALI SOLAT DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Authors

  • Suhaimi Abu Hasan Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Mohd Azam Yahya Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka
  • Ahmad Faqih Ibrahim Fakulti Keilmuan Islam, Kolej Universiti Islam Melaka

Keywords:

Program Amali Solat, Pembentukan Akhlak Pelajar, Remaja

Abstract

Sekolah merupakan tempat pelajar mendapatkan pencapaian akademik dan membina sahsiah diri yang cemerlang. Penekanan penghayatan ibadah terutama kewajipan solat adalah penting untuk diterapkan bagi menjamin pembentukan akhlak di kalangan pelajar. Kajian yang dilakukan di enam sekolah daerah Alor Gajah ini bertujuan menganalisis implikasi Program Amali Solat terhadap pembentukan pelajar di setiap sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Melaka. Metod utama kajian ini adalah kuntitatif, data diambil melalui pengedaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 22.0 (SPSS v22.0). Kajian ini mendapati, Program Amali Solat mampu memberi impak yang tinggi dalam pembentukan akhlak pelajar di sekitar sekolah daerah Alor Gajah serta tahap pengamalan solat seharian pelajar adalah tinggi pada skala 3.67-5.00. Ini menunjukkan satu gabaran awal keadaan suasana pelajar di sekolah Alor Gajah masih ditahap yang baik dan terkawal.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-29

How to Cite

Abu Hasan, S., Yahya, M. A., & Ibrahim, A. F. (2021). IMPLIKASI PROGRAM AMALI SOLAT DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA. Jurnal ’Ulwan, 6(3), 149-178. https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/view/999